Review: Krim BB/BB Cream Safi Balqis White Trilogy | anis zainudin♥
Home Tutorial tips ex banner
Lazada Indonesia

01 February 2015

Review: Krim BB/BB Cream Safi Balqis White Trilogy

hai !
assalamualaikum :)

hai korang *lambai-lambai tangan*
hari ni dah 1 februari kan, cepatnya masa berlalu kan, semoga Allah mempermudahkan setiap urusan aminnn ! hmm, tetibe terasa rajin nak update blog ni, tapi tak tahu nak update pasal apa sebab life anis tak menarik macam life engkorang so update pasal produk review pun boleh lah kan? :')

okay hari ni nak review produk anis baru je cuba and i really love it :) produk tersebut ialah krim bb/bb cream safi balqis white trilogy. Produk ni mungkin dalam tahun lepas lah kot dah ada, tapi anis je yang baru try sebab anis bukan jenis yang suka cuba macam2 produk, kalau dah suka satu benda tu, i will stick to it till the end of the day :') ecehh nak cakap anis ni jenis setia lah jadi nikahilah saiaaa lol (takde kaitan).

okay apa yang anis suka sangat pasal bb cream ni ialah sebab bila pakai muka nampak natural rasa macam tak pakai apa-apa pun tau ! anis jenis tak suka pakai mekap, sebab anis ni pemalas tahap hmm tak tahu nak cakap contoh macam keluar pergi mana-mana kan mesti lah nak solat apa semua tu kan, pastu nak kena remove mekap apa semua tu pastu nak reapply balik rasa macam leceh lah kan bagi orang pemalas macam anis kan. so anis just pakai bb cream dan lip balm dah setel.


krimbb/bbcream safi balqis white trilogy
time anis beli ada percuma 25% ehem seronok iolsss hahaha


Krim BB SPF30PA++ SAFI BALQIS White Trilogy bertindak menutup cela, melembap kulit serta menyamaratakan tona sebelum menggunakan solekan. Ia digunakan sebagai asas solekan dan pelindung UV sambil mencerah kulit dengan sempurna dan selamat.
SAFI BALQIS White Trilogy dengan formulasi Arbutin, Nano BioWhite dan Kiwi bertindak menerusi 3 lapisan kulit* untuk 10 aksi pada kulit wajah**:
  • Menutup cela
  • Menyamaratakan tona kulit
  • Melindungi dari sinaran UV
  • Mencerahkan kulit
  • Memudarkan pigmentasi
  • Litupan sempurna tanpa menutup pori-pori wajah
  • Mengekalkan lembapan
  • Melembutkan kulit
  • Menghaluskan kulit
  • Melicinkan kulit
Hasilnya: Kulit menjadi halus, mulus dan cerah sempurna.
* Pada lapisan epidermis.
** Dengan penggunaan berterusan bersama rangkaian produk SAFI BALQIS White Trilogy.

(copy paste je kat google bapak pemalas gila anis ni lol)

paling anis suka bau dia, wangi gila tau !  bila apply kat muka rasa lembut je muka..tapi kalau korang nak tutup parut jerawat ke kan, dia tak full coverage kot ea orang panggil, macam parut manja-manja cenggitu boleh lah kot ( ada ke parut manja-manja) standard lah kot bb cream kalo full coverage tu biasanya foundation lah nama dia kan? ( ntah anis pun tak tahu sangat mekap ni)

alkisahnya anis boleh terbeli bb cream ni hari tu anis jalan-jalan kat mall jalan sorang-sorang kat bahagian mekap pastu tertengok tester dia dan tercuba dan tersuka (padahal memang suka cuba tester pun haha )

so, kalau korang yang jenis tak suka mekap dan macam nak nampak natural kan taknak macam tepung gomak lol melampau nya bahasa engko anis haha korang boleh lah cuba try bb cream ni yeayyyy !
 

krimbb/bbcream safi balqis white trilogy
acah acah macam duta safi balqis pulok haha lol hashtag no filter lol
harga pun tak mahal bawah RM20 je :')

mahu kasi berapa bintang ya? berapa ya? *tiru cara cakap farah quinn juri maharaja lawak mega*

anis suka,anis bagi 4 bintang !
 
so, last words dari anis, selamat mencuba ! :')

kbye :')

twitter: @anisss_zainudin
instagram:@farahaniszainudin


p/s: parut jerawat boleh lah cover guna mekap tapi parut dihati macam mana? hmmmm *tetibe jiwang*

much love,
Anis Zainudin.















Terima kasih sebab sudi baca entri Anis..komen kalau sudi :)

5 comments:

  1. saya baru je beli BB cream ni. first time nak pakai bb cream. heeee

    ReplyDelete
  2. Bagus ke.. dah berapa lama pakai. Sesuai untuk kulit berminyak tak .

    ReplyDelete
    Replies
    1. not sure lah klau utk kulit berminyak sesuai ke tak :)

      Delete
  3. wah! nampak flawless~ best la kulit flawless,cerah. *jeles baik*

    ReplyDelete

hai :) thanks sebab sudi komen :)

 
Thanks For Coming.All Right Reserved By Anis Zainudin.Basecode By Adam Faiz.Best view in Google Chrome